KLCC

GST.

GST memansuhkan pelbagai cukai lain. Setelah GST dibatalkan, SST 6% +10% + pelbagai cukai bertindih dan tiada mekanisma perlaksanaan.

  1. Cukai gula adakah ia untuk membiayai atau mengurangkan kos rawatan pesakit berkaitan diabetes?
  2. Cukai perlepasan lapangan terbang adalah ia untuk meningkatkan kualiti pengurusan lapangan terbang? Boleh elak bagasi pecah?
  3. Cukai bag plastik atas nama caj pencemaran, adakah ia digunakan untuk memelihara alam sekitar? Sedangkan semasa Selangor dilanda krisis bekalan air, kerajaan PH menyalahkan pencemaran. Selangor merupakan negeri pertama kenakan caj bag plastik diikuti wilayah persekutuan.
  4. Cukai kesesakan menggantikan tol percuma yang konsesi bakal tamat, adakah akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur atau melebarkan atau menambah jaringan lebuhraya baru?
  5. Pelbagai lagi cukai lain akan dilaksanakan seperti peniaga atas talian, food truck, vape atas nama caj tertentu, adakah wang ini akan digunakan untuk mengimbangi masalah akibat aktiviti tersebut? Perniagaan atas talian ada timbulkan masalah ke? Perkhidmatan currier untuk menghantar barang jualan atas talian juga dikenakan cukai. Perkhidmatan talian internet juga dikenakan cukai. Apabila cukai perniagaan atas talian dikenakan, cukai adalah berganda-ganda.

Setelah GST dimansuhkan, kerajaan tidak lagi ada sumber kewangan yang kukuh dan tiada dasar ekonomi yang jelas untuk menarik pelabur asing. Sebaliknya sentiasa bawa keluar saham.

SST tidak mampu memungut pendapatan seperti GST. Akhirnya pelbagai cukai tambahan dan cukai berganda yang membebankan rakyat dikenakan. Cukai ini berselindung atas caj tertentu hanya untuk menampung sumber kerajaan akibat tiada GST. Cukai dalam bentuk caj tanpa perlaksanaan fungsinya adalah gharar atau tidak patuh syariah kerana ada unsur penipuan.